Menanti Saat itu

Aku menahan sebak ketika akhi Adam memegang tanganku pada malam itu. Ia memintaku mendoakanya di tanah haram yang bakal kujejaki insya allah.

"Brother Hijaz, ask that Adam is always thankful to Allah. Ask of Him to put Adam in Jannah, ask of Him to give Adam a pious muslim sister (yes, brother, we all dream of that as well) and ask of Him that he gets through his degree insya Allah"

Umar Bhutta juga tidak kurang hebatnya. Segulung kertas ia penuhi dengan beraneka permintaan. Akan kusimpan dalam dompetku insya Allah

Sesungguhnya ramai antara ikhwah telah datang dengan 'list' masing-masing. Aku harap aku tidak lupa. Teruatama yang mempunyai permintaan 'khas'

Diriku sendiri juga sudah semestinya banyak yang diminta. walaupun tidaklah sehingga merangka satu 'list' tetapi aku bertekad akan meminta semaksima yang mungkin di hadapan kaabah.

Begnilah rupanya perasaan sebelum ke umrah. Gementar. Takut. Excited pun ada. Terlalu banyak perkara yang jauh dari kepastian. Alangkah sedihnya hatiku setelah mendapat berita bahawa seseorang daripada ahli kumpulan kami tidak lulus visanya. Langsung tiada penjelasan dari pihak embassy. Tidak tahulah bagaimana perasaanya sekarang...Moga diberi kesabaran dan kekuatan menghadapinya.

Mudah sekali sekiranya Allah ingin menarik nikmatNya. Aku kini hanya mampu mengharap aku dikira layak untuk menjadi tetamuNya. Selagi belum berpijak di bumi suci itu, selagi itulah jantungku bekerja lebih masa.

Ala kullihal, aku masih bersyukur padaNya kerana telah memberi terlalu banyak nikmat. Memang benar seperti yang disebut dalam kitab
fi zilal quran karangan Sayyid Qutb : bahawa ar-rahman dan ar rahim mencakupi segala aspek kasih sayang, cinta, dan rahmat dalam seluruh alam. Tidak mungkin mana-mana makhluk dapat mengatasi kasih sayang Allah terhadap hambanya.

Buat masa ini, hadis-hadis tentang tanah haram menjadi sumber hiburanku. Janji syurga dan keampunanNya seolah mencurah minyak ke atas emosiku yang semestinya terbakar-bakar ingin merebut peluang keemasan ini

It has been narrated from Aba Abdillah [Imam Ja'far Ibn Muhammad as-Sadiq] (peace be upon him) that he said, "Those who perform Hajj and the Umrah are the guests of Allah. If they ask Him for something, He will grant it to them; if they call upon Him then He will answer them; if they intercede (for others), their intercession will be accepted; if they remain quiet, then He will begin to speak to them; for every dirham which they spend (in their trip to Hajj), they will receive one million dirhams in return."

The Noble Prophet Muhammad (blessings of Allah be upon him and his family) has said, "A person who circumambulates this House (the Kaaba) seven times and performs the two Rak'at Salat (of Tawaf) in the best form possible will have his sins forgiven."

It has been narrated from Aba Abdillah [Imam Ja'far Ibn Muhammad as-Sadiq] (peace be upon him) that he said, "A person who dies while proceeding towards Makkah or while returning back (from Makkah) will be protected from the great distress of the Day of Resurrection."

Aku meminta doa sahabat-sahabat yang mengenaliku agar aku selamat sampai di tanah haram. Agar ibadahku diterima. Agar aku sendiri berubah menjadi lebih baik. Dan aku mati syahid. Amin

drj477
Menanti saat itu
White Oaks
Dublin

2 comments:

Unknown said...

Salam, Ni abang hijjaz ka..?

j477 said...

salam...ye saye

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates