Tazkirah bernama Manchester United

Remember the goals. Remember the names. Valiant were the warriors of Malaysia....



Much shall be written about the match tonight. I too shall hop on the same wagon.


“Weyh, dah pergi Old Trafford tengok match takkan nak tengok kat Bukit Jalil pulak, kemonla...”


True. The tickets were a gift. Accepted with open arms. The Red Devils were my childhood heroes. I was brought up watching videos of Cantona, Beckham, Giggs, Scholes and Butt. Yes, Nicky Butt; the unsung hero. But who would remember...


I was a Malaysian supporter that night, albeit wearing an Irish rugby jersey. Screw the fact that I only knew a handful of them. Two. Three at most. I don’t even know the names of those who scored. But my cheers were reserved for them. I later found out that the same guy scored twice. Such was my ignorance towards Malaysian football. I was still a fan.


We arrived early. Relatively. Which meant that there was plenty of time to go for Asr prayer. The prayer room was small, stuffy and full of smells. But it allowed me time to think. To observe...


Sitting at the corner was a young man, probably my age, or a little younger. Clad in a long-sleeve Malaysian jersey. Keeping to himself, clearly seeking refuge from it all.


A small family of three was also present. Two boys, and their father. His long and neat beard was enough to signify his pride of the prophet’s Sunnah. They were indeed a calming sight.


The rest of the Musolla was filled with people from all walks of life. The middle aged man sitting behind me announced that it was time to pray. Up stepped our young man to lead us in Asr.


Amidst the din, a small group of people stood and prostrated to their Lord. Hopefully, oblivious to the cheering crowd.


“Allah, jangan Kau turunkan bala ke atas kami, sesungguhnya masih terdapat mereka yang beriman dengan ayatMu, Ya rabbi.”



.......

I sat behind a group of smokers. I might as well have lit one up myself considering the amount of smoke I inhaled throughout the match. There, there....


Having been through it all in Old Trafford last winter, the crowd instead became the subject of my interest. Their excitement became mine. I could tell many of them were 1st timers. Living the dream of watching their heroes play in front of their eyes.


Instead, new heroes were born. And they came from the team in blue.



Merindui pula saat itu


Allah menguji seseorang itu mengikut kadar kemampuanya. Aku amat merindui saat-saat di sana. Merindui ketenangan di Raudhah yang dikhabarkan Nabi sebagai 'the garden from the gardens of heaven'. Merindui juga kesayuan ketika solat menghadap baitullah. Merindui saat aku dan Naim hampir dilanyak semata-mata kerana ingin berdoa di hadapan multazam. Begitulah pengalaman di tanah haram. Penuh ujian. Penuh cerita yang bakal dikongsi sehingga ke anak cucu. Aku akin, setiap individu mempunyai ceritanya sendiri. This is my story...


Tawaf di Kaabah

'Here I am, o Allah, here I am'....


Aku tidak tahu maksud labbaikallahumma labbaik dalam bahasa Melayu. Kerana kebanyakan sumber rujukan aku jumpa dalam bahasa Inggeris. Talbiah mengiringi setiap langkah kami menuju ke hajarul aswad, tempat mulanya tawaf.


Alangkah indah saat ketika melihat kaabah untuk kali pertama. Esak tangis rakan-rakan dapat kudengari ketika itu. Kesemua tunduk menadah tangan. Masing-masing dengan hajatnya. Masing-masing dengan sejuta harapan.


Izha jaa anas rullahi wal fath... Teringat aku ke kisah surah an-Nasr, yang diturunkan ketika pembukaan Makkah. Begitulah suasananya. Penuh dengan manusia. Bermacam ragam, bermacam gaya.


Aku hanya mampu memandang bawah ketika tawaf. Ketika itu perasaan syukur yang tidak terhingga menguasai diriku. Betapa Allah memberi peluang kepada sehina-hina insan yang terlalu banyak dosanya, untuk menjejak kaki ke tanah suci. Menjejak ke masjid yang diberkati. Yang diberi 100,000 kali ganda ganjarannya. Aku tidak sanggup melihat kaabah pada ketika itu. Kerana terbayang betapa banyak dosanya mataku ini, masakan layak melihat rumahMu yang begitu suci. Tidak, aku hanya memandang ke bawah..


Aku tidak langsung merujuk buku panduan umrah yang sarat dengan doa-doa spesifik untuk setiap pusingan. Bukan kerana sombong. Tetapi aku lebih gemar melakukan perkara yang mempunyai riwayat yang sahih. Aku juga mempunyai agenda tersendiri. Ingin bermunajat di tempat yang paling suci di bumi ini. Munajat yang hadir dari hati yang mengharap. Rintihan yang membelenggu jiwa yang gusar. Maka buku panduan umrah yang dibeli kekal tersimpan dalam bilik hotel.


Selesai bertahalul menandakan selesainya ibadah umrah. Alhamdulillah.


Mencari ketenangan

Sungguh, perjalanan ke tanah haram banyak memberi masa untuk aku duduk seorang diri (walaupun Naim sentiasa ada berdekatan), dan mentadabbur ayat-ayat suciNya. Tidak sehebat rakan seumrahku yang bisa menghabiskan hamper 16 Juzuk dalam masa kurang dari 7 hari, subhanallah.


Salah satu daripada 6 cara dalam usaha memahami Al Quran, adalah menganggap bahawa ayat-ayat ditujukan khas pada si pembaca. Tidak dapat aku gambarkan betapa nikmatnya mendapat terguran demi teguran menerusi lembaran-lembaran kitab mukjizat akhir zaman ini. Benar seperti ungkapan Syed Qutb, “aku hidup di bawah bayangan Al Quran”….

Di sini aku menyeru pembaca supaya terus menerus mendampingi Al Quran. Hassan Al Banna mengesyorkan tidak kurang dari 1 juz sehari. Tetapi ikutlah kemampuan masing-masing. Jangan tinggalkan quran walaupun sehari, kerana sesungguhnya hati dan ruh amat memerlukannya. Sekiranya bahasa arab tidak dikuasai, ambillah mana-mana tafsir dan sekurang-kurangnya cuba mengambil pengajaran dari ayat yang dibaca.


Ya Allah, jangan Engkau timbulkan rasa jemu dalam hati kami ketika beribadah….


Ukhuwwah Fillah

Aku sedar bahawa di samping melakukan ibadah umrah, aku tidak dapat lari dari dosa. Saudara saudari muslim aku cemuh kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang mungkin ditafsir sebagai kasar dari kacamata seseorang yang berbangsa melayu. Tidak usah aku hurai dengan panjang, kerana khuatir mengundang dosa mengumpat.


Aku mudah berdendam. Dan aku masih menaruh dendam terhadap mereka. Aku berharap Allah meredakan hatiku yang sakit ini. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan sabar. Sabar menahan kerenah yang pelbagai. Puas aku cuba menunjukkan contoh yang baik. Memberi jalan. Tidak menolak. Memberi salam. Hatta membuang sampah di jalanan. Tetapi gagal. Terlalu ramai yang kurang berakhlak, walaupun di tanah suci.


Ke Masjid Nabawi

Masjid Rasulullah s.a.w. Aku sempat memberi salam kepada Nabi. Juga kepada Abu Bakar. Dan Umar. Terdapat beberapa sahabat yang ‘mengirim’ salam mereka kepada Nabi menerusi aku. Maaf, tidak aku lakukan perkara itu kerana sesungguhnya seseorang itu tidak perlu berada di hadapan kubur untuk memberi salam kepada penghuninya. Mahupun memberi selawat. Maka perbanyakkanlah selawat di mana saja kamu berada, bukan hanya di kubur nabi.


Khabar mengenai tempat di antara Mihrab dan rumah nabi. Sebuah ruang kecil yang diberi nama “Raudah”, taman dari taman di syurga. Berpusu-pusu umat Muhammad cuba memasuki ruangan yang berkarpet hijau lusuh itu. Aku sendiri berdiri di hujung-hujung, mengintai-intai sekiranya terdapat sebarang ruang kosong. Alhamdulillah, mudah sekali usahaku untuk memasuki Raudah itu.


Masjid Nabawi tampak lebih meriah dari Masjidil Haram. Kanak-kanak bersama guru mereka menghafal quran. Halaqah-halaqah di sekitar perkarangan. Juga majlis-majlis ilmu. Hawa dingin di setiap ruangan solat menambah keselesaan di sebalik ketenangan yang hadir. Mereka yang nyenyak tidur juga dibiarkan. Tiada teriakan "Ya Hajee, Ya hajee" seperti di Makkah. Alhamdulillah.


Tawaf Kedai

Tanpa segan silu, aku mengakui bahawa membeli belah adalah sesuatu yang mesti ketika di sana. Alasannya adalah kerana mereka di tanah air sudah tentu teringin akan ‘souvenir’ dan ‘hadiah’ yang macam-macam. Layan. Malah, aku lebih suka memberi dari menerima.


Pada awalnya, aku panas dengan sikap pekedai arab yang memang tidak tahu erti mengalah. Aku bertaubat tidak akan membazir masa bertelagah tentang harga sehelai jubah yang tidak seberapa. Di Makkah, aku hanya membeli sehelai dua jubah untuk pakaian solat. Namun, di Madinah, aku lebih berani mencuba. Mungkin kerana sudah ada pengalaman tawar menawar. Juga didorong rasa bersalah kerana tiada sebarang cenderahati untuk mereka yang di rumah. Tetapi aku tewas jua. Beg aku sarat dengan souvenir.


Subuh terakhir di Madinah

Aku, Naim, dan Zaki bertekad ingin ‘camping’ depan pintu. Biarlah tak cukup tidur, yang penting kami ingin berqiyamullail di dalam raudah. Alhamdulillah, Allah benarkan. Walaupun diuji berat. Masing-masing mempunyai cerita sendiri ketika dalam raudah itu. Ada yang ditolak keluar. Ditipu pun ada. Macam-macam. Tapi Alhamdulillah, ketiga-tiga orang sempat qiyam dan solat subuh dalam raudah.


Sayu perasaanku ketika itu. Tertanya-tanya sama ada mempunyai kesempatan untuk kembali. Mengharap dengan sepenuh hati, dapat menjejak kaki semula ke tanah suci ini. Ingin sekali aku mengambil tawaran ustadz Fakhri, “Enta duduk lah sini, ana carikan isteri orang sini”. Aku hanya mampu tersenyum. Diam. Tiada reaksi.


Aku nekad untuk pulang. Pulang ke tanah air yang juga aku rindui. Yang juga sarat dengan tanggungjawab yang perlu kupenuhi.


Tidak sampai seminggu aku meninggalkan tanah suci. Hidupku berterusan. Masih penuh ujian. Penuh cabaran. Tetapi kini aku mempunyai bekalan. Aku mempunyai semangat baru. Keyakinan yang tinggi. Keyakinan terhadap pertolonganNYa. Harapan kepada syurgaNya.

Ya Rabbi


Kau terimalah ibadat kami. Berikanlah kami umrah yang mabrur.

Ameen.



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates