Antara Islam dan islam

Prologue


“You f###ing referee, are you stupid?” gertak ‘budak’ itu, yang mungkin sedang ‘emo’ gara-gara kedudukan yang genting dialami oleh pasukannya ketika itu. Carutannya berlanjutan. Aku kagum dengan kreativitinya mengadun perkataan untuk membentuk ayat cacian yang komprehensif. Ketika itu, aku hanya mampu beristighfar.



‘Budak’ yang panas baran itu datang berhadapan dengan aku. Nasib baik dia pendek. Tetapi aku masih berada dalam keadaan berwaspada. Ahli pasukannya juga tidak puas hati dengan keputusan aku untuk tidak memberi sepakan percuma atas dakwaan ‘handball’...



Aku melihat ke kiri, kelihatan penonton makin riuh dan menanti kesudahan ‘drama’ yang berlangsung di hadapan mata mereka. Ada yang membantah. Ada juga yang menyokong. Sekali lagi aku beristighfar.

Aku bergerak ke tengah padang futsal sambil meniup wisel mengarahkan para pemain berhenti bermain. ‘Budak’ itu masih mencarut. Aku mengutip bola dan memanggil kapten kedua-dua pasukan dan menyuruh mereka menenangkan ahli masing-masing.



Tidak berjaya jua. Cair tahi telinga aku mendengar cacian demi cacian yang diungkapkan, kini disertai oleh seluruh pasukan ‘budak’ itu. Permainan masih terhenti. Aku terpaksa bertindak keras.

Aku dengan lantang berkata kepada si ‘budak’, “ Would YOU like the whistle right now?” Ia diam dan membelakangi aku. “Please, take my whistle, I’m sure you can do a better job,” Aku berlari anak mengejarnya sehingga berhadapan dengannya.



“Who’s the referee, me or you?” aku bertanya dengan gaya ala-ala cool. Terpaksa bernada kerek. Kini, dia pula menjadi ‘centre stage’. Permainan tidak akan aku sambung sekiranya dia tidak mengaku kalah.

Penonton mula bertepuk dan bising. Ada yang ketawa. Ada yang inginkan permainan diteruskan. Macam-macam. Yang penting, ketegangan berkurangan. “Okay ref, you’re the boss,” katanya dengan nada yang penuh sarcasm dan mengalah. Permainan bersambung...



Dan aku bercerita tentang Charity Week Football Tournament, yang majoriti pesertanya terdiri dari umat ISLAM.



Menjadi pewaris islam


“... Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Kucukupkan

kepadamu nikmat-Ku, dan telah , Ku-redhai Islam itu agama bagimu ..."(

Al-Quran al-Maidah, 5 :3 )


Aku tidak dapat bayangkan betapa sayunya suasana ketika itu. Abu Bakr menangis teresak-esak. Begitu juga dengan sahabat yang lain. Diriwayatkan bahawa ada juga yang menangis kegembiraan, kerana Islam telah sempurna. Kerana risalah agung yang dibawa Rasulullah telahpun lengkap dari segala aspek. Tetapi Abu Bakr tidak gembira. Beliau sedih. Kerana ia faham benar akan implikasi ayat tersebut. Tugas habibullah, Muhammad s.a.w. telah hampir tamat. Misinya di dunia yang fana’ ini telah sampai ke penghujungnya.


“Sesiapa yang mengkhabarkan tentang kematian Muhammad, akan ku pancung!,” bentak Umar yang masih tidak dapat menerima kewafatan Nabi ketika itu. Abu Bakr menenangkan sahabatnya dengan ‘ubat’ daripada Al-Quran


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Al Imran : 144


Patutkah kamu berbalik? Rhetorik dari Allah s.w.t....

Sahabat dengan semangat jihad yang tinggi, telah menyahut cabaran dari Al-Quran. Kehilangan murabbi mereka yang paling agung, sama sekali tidak melunturkan usaha dakwah islamiyyah di kalangan sahabat. Malah Islam makin diterima masyarakat dunia, atas usaha mereka yang dididik secara intesifnya oleh Nabi s.a.w. Sekiranya kematian Hitler telah melunturkan agenda Nazi, tidak pula dengan kematian Nabi. Kerana Islam merupakan bukanlah terletak pada individu mahupun tokoh, tapi pemahaman atau fikrah yang jelas dan menyeluruh.


Islam tersebar ke merata, menaungi 2/3 kawasan dunia.


Khilafah bersilih ganti. Kemewahan dunia makin mengaburi mata pemimpin dan rakyat. Seolah puas hati dengan pencapaian yang ada.


Adakah mereka lupa akan nasihat Muhammad s.a.w?


“I go before you and I am your witness. Your meeting with me is at the pool (in paradise). I fear not for you that you will set up gods beside Allah (The One God); but I fear for you that you will rival one another in worldly gains.”


Kualiti ummah pada ketika itu, jika dibandingkan dengan sebaik-baik ulama’ pada hari ini, jauh berbeza. Rasulullah yakin, bahawa umatnya tidak akan mensyirikkan Allah, walaupun ia sudah wafat. Tetapi beliau khuatir, bahawa kelazatan di dunia akan memesongkan atau melalaikan umatnya dari jalan yang sebenar iaitu jalan dakwah dan jihad.


Era Abassiyah menyaksikan islam berada di tahap tertinggi dalam sejarah dunia. Namun, bibit-bibit kemewahan sudah mula kelihatan di kalangan pemimpin mahupun rakyat sendiri. Ibn Zirriyab mula memperkenalkan hiburan (menerusi penciptaan tali gitar keenam) serta aspek-aspek ‘budaya’ lain yang seharusnya tidak perlu dalam kehidupan seorang daie. Tidaklah kita menunjuk jari kepada individu. Kerana masyarakat sendiri ketika itu sudah ‘bosan’. Fikrah yang dibawa Nabi makin luntur dihakis arus duniawi. Inilah sejarah kita.


Tidak hairanlah Islam jatuh. Syeikh Muntalaq menggambarkan transformasi umat dari seekor singa yang gagah berani kepada seekor kijang yang pengecut. Pahit, tapi benar.


Sehinggalah ke saat Kamal Ataturk mengisytiharkan pembubaran system Khilafah Islam pada 1924. Islam berada di tahap paling hina. Dipijak. Dimanipulasi. Hari ini, kita masih ternanti-nanti saat Islam akan bangkit semula. Menanti dan terus menanti.....


Kematianmu tidak bermaksud kematian Islam, wahai Rasulullah. Alhamdulillah. Kalimah yang engkau bawa telah jua sampai pada kami, walaupun kami sendiri tidak sehebat generasi Al-Quran yang bersamamu dahulu. Kami merasa betapa berat tanggungjawab untuk membawa Islam yang sebenar. Dakwah yang engkau pikul bukan untuk mereka yang manja. Kami yakin dengan jalan ini. Kami pasrah akan takdir yang bakal menimpa kami. Kerana kami yakin bahawa hanya dengan jalan ini, akan dapat kita bertemu pada hari yang dijanjikan, di syurga yang abadi.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates