Perginya seorang sahabat...

Wa amitna ala shahadati fi sabilik...

Allah. Tersentak aku. Tidaklah aku mengenalinya. Tidak pula ia mengenali aku. Aku pernah menumpang di rumahnya ketika menziarahi Nottingham, kira-kira dua tahun lepas. Itupun tidak aku ingat mukanya.

Ariff Abdul Kadir. Nama yang disebut-sebut sejak berita kematiannya pagi tadi waktu Malaysia. Tragis sungguh sehingga terpampang di muka hadapan surat khabar tempatan...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20091212062835/Article

Matinya ia ketika baru pulang dari akad nikah. Tidak sempat walimah. Allah. Aku sedih dan juga cemburu. Sudah tentunya sedih kerana kehilangan seorang ikhwah yang giat bergerak dalam jalan dakwah bersama-samaku. Cemburu, kerana akh Ariff syahid ketika beliau sedang aktif bergerak menegakkan agama Allah s.w.t...

Aku banyak menilai kembali status diriku ini. Yang mungkin ditarik nyawanya pada bila-bila masa. Nauzubillah, sekiranya ia berlaku ketika aku sedang jauh dari Allah s.w.t. Adakah amalan-amalanku di dunia ini cukup untuk memberatkan penimbang yang begitu persis dan jitu? Adakah aku bersedia untuk menerima kitab amalanku yang penuh dengan dosa dan noda? Allah.

My concentration levels are at an all time low. I can’t even begin to describe the sadness that seems to be increasingly overwhelming my thought processes.

The effect of having a huge workload day in and day out has been a huge burden on the soul. At times, it is easy to lose faith in the Supreme when surrounded by immense pressure and stress. When at its utmost need, man often has none to turn to EXCEPT Him. For it is in human nature, as stated in the quran, that a man’s fitrah or nature is very much in tune with its Creator...

Thus it is in this time of need, that I desperately seek the guidance and reprieve from Allah s.w.t

Masa seolah terhenti seketika pada malam ini. Aku mencari masa untuk muhasabah. Padahal exam pada hari esok akan berjalan seperti biasa. CNS Diseases. Doakan aku.

j477

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates