Potong dan tampal

Cut and paste sket...


Salah Faham Terhadap USRAH

Usrah menjadi titik rujukan yang signifikan dalam merencanakan pembangunan para mad'u. Kayu ukur peningkatan para mad’u sering dikaitkan dengan persoalan sama ada 'dia dah join usrah ke belum'


Apa itu liqo? Apa itu usrah?


Usrah itu bukan liqo. Liqo is part of usrah. Liqo' dalam konteks ini bermaksud ‘weekly sitting’ di mane 'naqib' berjumpa dengan anak-anak buahnya untuk memberi pengisian. Tadabbur quran secara haraki, memahami relevannya pemilihan hadith 40 dan juga refleksi kisah sirah serta sahabat sering menjadi ‘ingredient utama’ dalam usrah standard di 'sini'.


Salah rupanya tanggapaanku.


Usrah melibatkan ta'ruf, tafahum and takaful. Taaruf mana mungkin tercapai hanya dengan 'liqo' mingguan. Mana cukup dengan semata-mata perjumpaan sekali seminggu untuk mengenali sifat-sifat luhur anak-anak buah. Sedangkan Umar menyuruh kita bermusafir, tidur bersama dan melakukan muamalat sebelum dapat 'ta'ruf' dengan sebenar-benarnya. Itu baru untuk menggapai objektif ta'ruf. Belum lagi masuk tafahhum. Astaghfirullah.


Salah tanggapan terhadap konsep usrah telah banyak memandulkan dakwah di sini. Ramai penggerak yang berlepas tangan, berasa 'puas' dengan usrah(atau dalam kes ini, Liqo’) yang sedia ada. Seolah-olah kita men-DF hanya kerana ingin mengajak ke ‘meeting’ mingguan. Hanya setakat mempunyai modal untuk mengajak ke program dan daurah bulanan. Lemah!


Konsep dan tujuan tarbiyyah tidaklah semudah itu. Objektif kita adalah untuk melahirkan rijal-rijal dakwah yang mampu untuk mendukung system ini. Bukan sekadar pengikut. Yang meramaikan program. Yang menghabiskan nasi. Yang melambatkan mereka yang MAHU. Yang merampas HAK mad’u lain yang mungkin lebih ke hadapan.


Kita hidup dalam sistem. Seperti dalam jam. Sekiranya satu gear lambat, kesannya adalah kepada gear-gear lain. Secara keseluruhannya, jam di dinding yang akan lewat. Jangankan bermimpi ingin dirikan khalifah sekiranya system yang sepatutnya menjadi tunjang, tidak berfungsi dengan efficient


Maka anggaplah diri sebagai ‘gear’. Walaupun hanya sebuah gear yang kecil, tetapi peranannya terlalu besar. Futurnya sesebuah ‘gear’ semestinya melembapkan yang lain. Maka terlewatlah jam dinding bergerak.


Apatah lagi padahnya kepada anak-anak usrah yang mendapat ‘picisan’ daripada kefuturan naqib. Apabila murabbi sendiri tidak menjaga amal, jangan harap mad’unya memberi komitmen. Sekiranya naqib sendiri yang malas hendak bangun malam, mahupun solat subuh, nauzubillah, maka wujudlah ‘domino’ effect di mana anak-anak usrah di bawahnya seudah tentu ‘tumbang bersama.


Muhasabah kepada diri sendiri, kerana AKULAH yang menjadi penyebabnya. Astaghfirullah.

Aku memohon keampunanNya. Kerana tidak mendukung bahagian aku dengan bersungguh. Aku yang terlalu lemah. Terlalu banyak silap, terlalu mudah futur. Ampunilah aku.

Sekiranya aku sendiri yang berat punggung hendak berubah, maka sehingga reput tulang belum tentu Islam mencapai kemenangan.


"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"


Dunia ibarat permainan. Tetapi hidup bukanlah untuk bermain. Sedarlah wahai pendukung Ad-deen. Moga menjadi pengajaran kepada diriku.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates