Aku minta maaf kepada sang naqib
Sekiranya perbuatanku membuatmu sedih
Sekiranya aku yang melunturkan semangatmu
Dengan sikapku yang acuh tak acuh
Yang masih belum meningkat
Baik dari segi amal mahupun akhlak
Kekal di takuk lama
Tarbiyyah entah ke mana
Aku minta maaf kepada anak usrah
Sekiranya hak tarbiyyahmu terabai
Sekiranya aku tidak menjadi contoh terbaik
Kerana sesungguhnya aku lemah
Dijerat oleh kelazatan dunia
Dicalit kotoran jahiliyyah
Terlalu mudah tewas
Terlalu mudah jatuh
Aku minta maaf kepada ikhwah
Kerana hanya meramaikan kalian
Tetapi tidak bisa menyumbang
Menjadi lubuk ketika serangan
Gelak tawa bersama kalian
Hanya plastik semata-mata
Kerana aku sedar
Bahawa aku tidak layak bersama kalian
Ya Rabbi
Aku memohon ampun
Kerana hidayah yang Kau beri
Tidakku manfaatkan
Sedang manusia bergelumang kemaksiatan
Walhal aku yang dipayungi tarbiyyah
Masih enggan melaksanakan syahadah
Diselubungi alasan
Longlai dibisik syaitan
Aku ingin berubah
Tetapi aku hilang keyakinan
Terhadap diri yang sampah
Kerap aku muhasabah
Kerap aku nekad
Tapi akhirnya jatuh jua
Entah dapat berdiri semula
5 comments:
hey asal sedih semacam? hari tu baru kutuk diorang sama2 kan. haha
jom berubah=)
bro jgn sedeyh sgt.
Never give up. Allah suka hambanya yang sentiasa bertaubat.
Tingkatkan azam dan usaha. InsyaALLAH boleh.
kadangkala tarbiyah itu tidak Selassie mudah..tidaknya selalu indah..kerana kehidupan itu sudah dijanjikan pancaroba.
tabahlah selagi mana mampu di atas jalan ini walau hingga ke titisan darah terakhir.
h.i
ralat
sellasie= sentiasa..
hm..tak tahu mcm mana boleh tertype Sellasie
kpd waqi : jom
kpd akram :amin
kpd HI :jazakallah khair
Post a Comment