Ia adalah diriku

The writer, (again) wishes to remain anonymous.Therefore any information on the source of this piece shall remain confidential.

...................................................

Ia adalah diriku

Hatiku kering. Terasa segala program tarbiyyah, daurah, mahupun usrah yang dihadiri tidak lagi mendatangkan kesan terhadap diriku. Bermula perasaan sangka buruk terhadap Allah. Adakah Dia sudah meninggalkanku?

Betapa kering hatiku. Aku menunding jari pada naqibku. Setiap kali usrah, aku mengelamun. Pengisian yang diberi seakan tiada makna. Bosan. Seakan benda yang sama. Ilmunya cetek. Aku rindu akan pengisian Ustadz yang biasa menyemarakkan semangatku yang mudah futur. Tapi aku pasrah mendapat naqib yang serba kekurangan. Hanya dua tiga tahun lebih ‘senior’. Mana mungkin mempunyai kesan yang sama dengan ‘Ustadz’ yang hidup mati bersama dakwah.

Tibalah masanya untuk daurah bulanan. Yang semestinya dihadir oleh ikhwah-ikhwah yang berada di jalan yang sama. AKu ingin tumpang akan semangat mereka. Aku ingin mendapat picisan hidayah yang mengalir dalam tubuh mereka. Aku berharap mereka dapat menyalakan kembali obor yang kian malap. Moga perjumpaan kali ini mampu ‘membasahkan’ jiwaku.

Tetapi lain pula jadinya. Masing-masing merindui sesama sendiri. Maka jadilah ia majlis ukhuwwah. Berjenaka. Bersuka ria. Bercakap kosong. Bertanya khabar. Aku pun terikut-ikut. Kononnya berukhuwwah. Maka sekali lagi pulang dengan tangan kosong. Hatiku masih kering. Nah, lepas ini ada program besar. Aku yakin ceramah ustadz cukup ‘kow’ untuk mengaktifkan kembali semangat jihadku.

Tibalah saat program. AKu bersemangat. Menunggu ketibaan ustadz. Dikelilingi jua mad’u-mad’u yang sepatutnya menjadi ‘sasaran’ ustadz pada program ini. Tapi aku yang mendamba ‘hidayah’ dariNya. Ceramah pun bermula. Aku tertidur.

Masih kering. Tiada kesan langsung. Menitis air mataku pada subuh itu. Terasa hina di hadapanNya. Ini semua salah exam. Kerana sebelumnya amalku begitu hebat. Qiyam, ma’thurat, puasa dhuha tidak kutinggal. Tetapi exam menyebabkan ia merudum sekali harung.

Celaru aku memikirkan sumber diriku futur. Pening menganalisa kelemahan orang lain. Terlupa akan keadaan ruh sendiri yang lapar menanti penambahan juzu’ hafazanku. Yang dahaga ingin merasai nikmat sujud di kala manusia berdengkur. Yang rindu lidah yang basah berzikir kepadanya. Juga mengidam pada hati yang khusyu ketika di hadapanNya.

Tik tok. Masa berlalu. Aku masih berada di takuk yang lama. Buntu mencari jawapan. Mengapa hatiku masih kering? Aku memohon hidayahNya. Aku perlu melakukan sesuatu. Perlu biasakan kembali bangun malam. Beruzlah denganNya. Meminta kepadaNya. PERLU.

Lambat laun aku sedar. AKU yang perlu berubah. Bukan mengharap semata-mata. Serupa diriku seperti kaum lampau yang meminta mukjizat. Meletakkan pra syarat ‘keajaiban’ sebelum beriman. Menanti yang ‘luar biasa’. Serupa! Astaghfirullah.

Aku terlupa. Amal fardi yang sepatutnya menjadi benteng antara aku dan syaitan tidak dikukuhkan. Bolos dengan mudah. Maka datanglah si laknatullah menyisip ke dalam diriku. Mula membisik. Sedikit demi sedikit. Terkikis amalanku.

Hidayah milik Allah. Ia perlu dicapai oleh mereka yang ‘mahu’. Bukan ditunggu-tunggu. Mana mungkin hati yang jauh dari Allah dapat disentuh oleh hidayahNya. Mana mungkin ia dapat menyentuh hati lain dengan perkataan yang tidak disandar kepada AMALAN. Cakap kosong semata-mata.

Maka bukanlah salah naqib. Bukan salah exam. Bukan jua salah ustadz. Salah diriku jua. Yang alpa dengan dunia. Yang kurang amalnya. Menyalahkan semua kecuali yang di hadapan cermin.


Agen perubahan yang kunanti akhirnya sampai. Ia adalah diriku.

1 comments:

Anonymous said...

Salam wrt wbt...

Dari saudara ke saudara,
dari hati ke hati,
Moga dpt berkongsi pandangan.

Penah mendengar theory perubahan karut? Very simple:
1. Duduk dalam liqa'. Harapkan keajaiban berlaku pada diri sendiri. Berharap naqib dapat menjampi mentera agar diri kita berubah.
2. hanya jampian ustadz paling mujarab. Segala nasihat mesti dari insan bernama ustadz baru mampu memberi kesan di hati.
3. Dauroh dan usrah memberikan bekalan mencukupi untuk sepanajng hidup. Datang dauroh dan usrah, confirm x buat maksiat. confirm amal meningkat.

haih. Kalu kita maseh berpegang teguh pada theory perubahan karut ini. Maka bersedialah...

Sgt bersetuju dengan pentup artikel hijaz. Salahnya pada diri sendiri...yang kene berusaha lebih diri sendiri...

salam ukhuwwah.

yang juga sedang bermuhasabah diri sendiri.

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates