Ramadhan sepatutnya membawa seribu erti buat para pendukung Islam. Bulan penuh rahmat, keampunan serta pembebasan dari api neraka, Insya Allah. Bulan di mana para sahabat berdepan dengan musuh yang tiga kali ganda lebih besar jumlahnya. And they won. Bulan Al-Quran diturunkan dari Lauh Mahfuz. Bulan yang dijanjikan Lailatul Qadr.
Sekiranya masyarakat kita begitu teruja dengan Karnival ‘Mega Sale’, maka dungulah mereka yang tidak teruja dengan Karnival Mega Pahala ini.
Hai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah, 2:183)
Ayat typical yang seakan-akan harus dihafal oleh para tok imam dan tok penceramah, adalah ayat yang mewajibkan kita berpuasa, seperti juga diwajibkan kepada umat terdahulu, agar menjadi ORANG YANG BERTAQWA.
Tujuan puasa adalah mencapai derajat TAQWA. Fakta yang sering kita terlupa. Menjana taqwa bukanlah perkara yang mudah. Pahala puasa hanya terdapat di sisi Allah. Kerana hanya Allah yang tahu darjat taqwa setiap dari hambaNya.
Puasa merupakan ibadah yang tidak mungkin dapat dinilai oleh manusia. “Wah, sejuknya hati aku tengok dia puasa...” Alangkah pelik statement itu. Padahal tadi baru curi-curi minum ketika wudhu’. Lazimnya ibadat ini menjadi pertarungan antara al-hawa (nafsu) dan iman.
Taqwa sering dikaitkan dengan ‘takut’. Takut kepada Allah, yang menjadi dorongan untuk meninggalkan laranganNya. Sungguh, takut is part of taqwa. Tetapi ia tidak mendefinisikan atau merangkumi keseluruhan maksud taqwa secara amnya. Pada kebiasaan juga, perasaan takut dikaitkan dengan konotasi yang agak negatif. Maka tidak wajar kita membataskan perbincangan taqwa pada perkataan ‘takut’.
Aku tidak gemar mengutuk bahasa sendiri. Tapi secara realitinya, tiada perkataan satu perkataan yang dapat mengungkapkan ‘taqwa’ secara keseluruhannya. Tidak hairanlah Allah memilih bahasa arab sebagai bahasa syurga..
Aku suka perkataan ini. “Conciousness”. Betapa kita menghayati kehadiran Allah dalam hidup kita setiap saat. Bukan setakat takut. Tidak. Awareness tentang kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t yang menjadi ‘impetus’ untuk kita menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang melanggari batas-batas syariah. Itulah taqwa.
Allah. Sungguh mudah untuk menulis. Sungguh mudah untuk mengeluarkan kata-kata. Aku berpesan pada diri aku, mengingatkan bahawa pada satu hari nanti, mulutku akan terdiam. Amalanku yang diambil kira hanyalah yang diakui oleh anggotaku.
Sesungguhnya, jika diberi peluang, mulutku ini sudah tentu mendatangkan seribu satu alasan untuk membebaskan diri dari apiMU. Ia juga sudah tentu memperbesarkan amalan yang tidak seberapa. Langsung tidak berguna. Kerana tangan kakiku kelak yang akan diberi hak untuk membela kebenaran. Kulit juga bisa bertutur. Mereka neutral. Jujur. Tanpa tokok tambah. Tanpa juga sebarang pengurangan. Allah.
Aku menulis ini pada permulaan ramadhan. Tetapi tidak sempat habis. Terasa rugi duduk di hadapan laptop. Kini sudah sampai malam ke-27 di bumi yang Eire ini. Lazimnya, malam ke-27 dianggap sebagai malam yang paling ‘strong’ dari segi matan hadith yang mengungkapkan tentang lailatul qadr. Aku tidak mempersoalkan isu itu. Seronok juga berqiyam pada malam ke-27. Saf-saf penuh seperti sembahyang jumaat. Masha Allah.
Puasa adalah bulan peningkatan amal. Syaitan digari, maka tiada alasan untuk berdalih. Tidak mudah untuk mendidik nafsu yang telah menerima ‘bisikan-bisikan’ indah selama 11 bulan. Maka perlulah ada kesungguhan. Kerana nafsu bukanlah sesuatu yang mudah dikalahkan.
Sekiranya pada ramadhan, lebih satu juz sehari dibaca tanpa rasa berat hati. Solat malam pula tidak pernah tinggal. Terawih bagai nak bengkak lutut. Bersedekah tiap kali nampak tabung. Dan macam-macam lagi amalan umat Islam secara umumnya.
Maka tiada guna semua itu sekiranya pada pagi raya, subuh di akhir waktu. Quran pula makin berhabuk. Sehinggalah tiba ramadhan seterusnya. Persoalannya, kalau ajal menjemput di tengah-tengah tahun, ketika bergelumangnya dengan dosa dan maksiat, tidakkah menyesal? Mari istiqamah.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:Aku berkata:
Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Ini pesan aku pada diriku. Moga para pembaca juga memperoleh manfaat.