Coretan si Hina

Jiwaku resah
Dibayangi gelisah
Terlalu gundah

Teringat akan janjiku
Suatu masa dahulu
Tika ku sujud padaMu

Ku tekad berubah
Ku pantang mengalah
Ku inginkan tabah

Masa berlalu
Penat dipalu
Bisikan yang syahdu

Kini terencat
Tempang dan cacat
Hidup tiada berkat

Hina disisNya
Sampah di dunia
Hangus di sana

Malam dibazir
Hanyut berfikir
Lupa berzikir

Siang yang terang
Hati mengerang
Dosa dikenang

Disangka remeh
Lalu diperlekeh
Kini tersisih

Ku ingin berubat
Insaf dan taubat
Moga-moga thabat

2 comments:

mohd waqiyuddin abdullah said...

ooo ko org melayu gak ek

si hamba said...

melayu pun bagus cm english jugak..so impressive, touching. keep the good work~!

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates